“Dakwaan NADMA Tidak Terlibat Dalam Pengurusan Banjir Kerana Kos Tinggi Tidak Tepat!” – Datuk Dr. Abd. Latiff

Berita

“Dakwaan NADMA Tidak Terlibat Dalam Pengurusan Banjir Kerana Kos Tinggi Tidak Tepat!” – Datuk Dr. Abd. Latiff

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang juga menjaga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menafikan dakwaan beberapa laporan yang mengatakan bahawa agensi itu tidak terlibat dalam pengurusan banjir kerana kos terlalu tinggi.

Ujar Abd. Latiff, laporan tersebut mempunyai unsur tidak sah, tidak bertanggungjawab dan telah mengelirukan banyak pihak.

Advertisement

Perkara tersebut turut diutarakan beliau menerusi sebuah hantaran di Facebook rasminya bagi menghuraikan apa sebenarnya yang telah terjadi berikutan perkara itu telah menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

 

Dalam laporan tersebut, portal tersebut telah menyifatkan NADMA enggan terlibat secara langsung dalam pengurusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Saya minta wakil rakyat jangan meletakkan sepenuhnya kepada NADMA. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dna pusat.

Selain itu, portal itu juga mendakwa NADMA tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah kerana melibatkan kos yang besar.

Kalau hal ehwal yang berkaitan banjir atau bencana, perlu dikongsi oleh pihak kerajaan negeri dan tempatan, jangan bulat-bulat serahkan kepada NADMA di peringkat pusat.

“Kerajaan negeri melalui wakil rakyat dan Ketua Jajahan ada peranan masing-masing dalam hal ini..” katanya seperti yang dilapor portal itu.

Pos Malaysia
2 years ago

Penghantaran Dan Perkhidmatan POS Malaysia Di Kawasan Banjir Dijangka Mengalami Kelewatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...