“Asal Pekerja Pakai Tudung, Orang Pun Makan Tanpa Selidik” – Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih

Makanan

“Asal Pekerja Pakai Tudung, Orang Pun Makan Tanpa Selidik” – Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih

Salah satu cara memperkenalkan atau mempromosikan restoran zaman sekarang adalah dengan video atau posting di media sosial. Sebab itulah, ramai akan rasa teruja untuk mencuba mana-mana restoran yang viral disebabkan makanan mahu pun tempat yang unik.

Baca: Akibat Termakan Makanan Tak Halal, Norren Iman Samak Lidah, Netizen Puji Usahanya

Advertisement

Perkongsian satu page di Facebook baru-baru ini telah membuka mata ramai netizen tentang pentingnya untuk kaji selidik status halal sesebuah restoran.

Menurut Surgaroute, pihak mereka telah melakukan penyelidikan tentang satu restoran ala thai terletak di Ampang/Hulu Langat yang sudah banyak kali ditularkan di media sosial.

Setelah diselidiki dengan kemampuan terhad kami, kami dapati restoran ini SANGAT-SANGAT X100 MERAGUKAN/SYUBHAH.”

Menerusi posting tersebut, Surgaroute telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan pihak restoran tersebut menjawab pertanyaan pelanggan mengenai status halal . Selain itu, ada juga gambar yang menunjukkan ayam digunakan tidak disembelih dan pihak mereka sendiri akui mengambil stok ayam daripada pembekal yang tidak halal.

Bagaimanapun, Surgaroute berkata pihaknya langsung tidak berniat untuk menutup periuk nasi orang lain atau menghasut orang ramai untuk tidak makan di restoran itu, sebaliknya hanya mahu menyebarkan kesedaran kepada orang Islam di luar sana.

Mereka juga tidak menyalahkan pemilik restoran terbabit tetapi hanya mahu pelanggan beragama Islam sedar tentang pentingnya menyelidik status halal sesebuah restoran sebelum mencuba.

Ramai netizen bersetuju dengan tindakan Surgaroute mendedahkan perkara ini dan menasihati orang lain untuk tidak sewenang-wenangnya makan di sesebuah restoran tanpa sijil halal, meskipun mempunyai tanda ‘pork free’.

Apa-apapun, jika ada yang sudah pernah makan di restoran ini tidak mengapalah. Tapi diharapkan untuk ambil iktibar dan pada masa akan datang, periksalah restoran sebelum dine-in.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Anon

    December 17, 2021 at 12:29 pm

    Mentality melayu malaysia..hahaha. Pelacur pun pakai tudung. Disebalik tudung ada pembunuh. Pengkhianat, pengkritik jahat, penipu, pencuri, scammer, perosak, etc. Tu sebab aku tak suka keadaan malaysia sekarang. Paksa masyarakat pakai tudung. Now pakai face mask, aku free hair. My life my choice. Yg laki2 tgk porn. Sampai artis pun ikut pressure pkai tudung. Tu yg kejap pakai kejap tak pakai. Aku suka zaman 90-an tak pakai tudung bukan issue. Arab Saudi pun dah tak paksa orang pakai tudung. Itu hak individu. Ramai dah free hair kat sana. Now malaysia pulak sebok nak niqab purdah bagai…hahahadoiii. Serious tak selesa tengok. Perangai mcm haddoiii jgk.. ayam dlm lori sure ada 9-10 ekor yg mati masa dlm perjalanan pun potong leher. Nasib la sapa yg beli…haha. Tu yg ramai yg jahat. Makan pun benda2 yg kabur.