Akibat Termakan Makanan Tak Halal, Norren Iman ‘Samak’ Lidah, Netizen Puji Usahanya

Hiburan

Akibat Termakan Makanan Tak Halal, Norren Iman ‘Samak’ Lidah, Netizen Puji Usahanya

Nama selebriti tanah air, Norren Iman tidaklah terlalu dikenali pada awal kemunculannya iaitu sebagai seorang Instafamous, namun sedikit demi sedikit dia berjaya mencipta nama dalam industri hiburan.

Terbaharu, Norren Iman telah berlepas ke London, United Kingdom baru-baru ini bersama suami serta beberapa rakan artis yang lain termasuklah Andi Bernandee dan Janna Nick atas tujuan sebuah pengambaran.

Advertisement

Bagaimanapun, ketibaannya ke negara itu seakan-akan ‘permulaan hitam’ bagi dirinya selepas berlaku sebuah insiden yang tidak diingini ketika berada di lapangan terbang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Hal itu selepas tempoh 11 jam untuk tiba, menyebabkan dia dan rakan-rakannya turut berasa lapar sehingga bertindak membeli sandwich berintikan bacon di sebuah kedai.

Namun setelah menjamahnya, barulah mereka sedar bahawa makanan yang dimakan itu tidak halal selepas membaca senarai kandungan bahan yang memaparkan perkataan Pork Belly.

Selepas tiba di kawasan penginapan, Norren tanpa melengah masa terus menuju ke tandas bagi membersihkan saki-baki makanan tersebut dengan memberus gigi berulang kali.

@ejannjann_#ad @norreen143_ ?? #foryou #fyp #foryoupage #viral

? original sound – IG Ejannjann_

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji usaha yang dilakukan olehnya selain beranggapan insiden itu dibolehkan kerana dirinya yang tidak sengaja memakan makanan tidak halal.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 150,000 jumlah tontonan serta mendapat 23,739 tanda suka.

khairy jamaluddin
2 years ago

KKM Kesan Kanak-Kanak 8 Tahun Positif COVID-19 Dari Varian Omicron

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...