Salah satu cara memperkenalkan atau mempromosikan restoran zaman sekarang adalah dengan video atau posting di media sosial. Sebab itulah, ramai akan rasa teruja untuk mencuba mana-mana restoran yang viral disebabkan makanan mahu pun tempat yang unik.
Baca: Akibat Termakan Makanan Tak Halal, Norren Iman Samak Lidah, Netizen Puji Usahanya
Perkongsian satu page di Facebook baru-baru ini telah membuka mata ramai netizen tentang pentingnya untuk kaji selidik status halal sesebuah restoran.
Menurut Surgaroute, pihak mereka telah melakukan penyelidikan tentang satu restoran ala thai terletak di Ampang/Hulu Langat yang sudah banyak kali ditularkan di media sosial.
Setelah diselidiki dengan kemampuan terhad kami, kami dapati restoran ini SANGAT-SANGAT X100 MERAGUKAN/SYUBHAH.”
Menerusi posting tersebut, Surgaroute telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan pihak restoran tersebut menjawab pertanyaan pelanggan mengenai status halal . Selain itu, ada juga gambar yang menunjukkan ayam digunakan tidak disembelih dan pihak mereka sendiri akui mengambil stok ayam daripada pembekal yang tidak halal.
Bagaimanapun, Surgaroute berkata pihaknya langsung tidak berniat untuk menutup periuk nasi orang lain atau menghasut orang ramai untuk tidak makan di restoran itu, sebaliknya hanya mahu menyebarkan kesedaran kepada orang Islam di luar sana.
Mereka juga tidak menyalahkan pemilik restoran terbabit tetapi hanya mahu pelanggan beragama Islam sedar tentang pentingnya menyelidik status halal sesebuah restoran sebelum mencuba.
Ramai netizen bersetuju dengan tindakan Surgaroute mendedahkan perkara ini dan menasihati orang lain untuk tidak sewenang-wenangnya makan di sesebuah restoran tanpa sijil halal, meskipun mempunyai tanda ‘pork free’.
Apa-apapun, jika ada yang sudah pernah makan di restoran ini tidak mengapalah. Tapi diharapkan untuk ambil iktibar dan pada masa akan datang, periksalah restoran sebelum dine-in.