Bila berkaitan dengan makanan, yang sering kita dengar intinya kosong adalah kuih karipap tetapi kali ini kuih raya kegemaran ramai iaitu Tart Nenas juga alami perkara sama.
Di platform TikTok baru-baru ini, seorang pembeli ada meluahkan rasa kecewa apabila mendapati Tart Nenas yang dibeli olehnya tidak mempunyai inti nenas.
Dilihat pada video terbabit juga, hanya ada beberapa biji Tart Nenas saja yang mempunyai inti ditengah-tengah.
Lagi membuatkan wanita itu berasa ‘berat hati’ untuk menerima kuih raya seperti itu kerana harga sebotol Tart Nenas itu berharga RM22.
Berhubung dengan perkongsiaan yang dibuat oleh pembeli itu, rata-rata netizen meninggalkan komen kecaman terhadap penjual itu dan ada juga berkata, jika tidak ikhlas maka tidak perlu menjualnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.