“Arwah Tetap Di Hati Saya, Susah Lupakan..” – Hidayah Terbuka Untuk Bernikah Lagi Sekiranya Bertemu Jodoh Yang Tepat

Hiburan

“Arwah Tetap Di Hati Saya, Susah Lupakan..” – Hidayah Terbuka Untuk Bernikah Lagi Sekiranya Bertemu Jodoh Yang Tepat

Walaupun sudah empat tahun ditinggal arwah suami, balu kepada pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah mengakui tidak akan menolak rezeki jodoh sekiranya sudah tiba masa yang sesuai dan bertemu orang yang tepat.

Ada yang mahu berkenalan

Kata Hidayah, dia ada menerima kiriman mesej daripada beberapa orang lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Namun begitu, Hidayah tidak membalas sebarang mesej berkenaan kerana tidak berminat.

Advertisement

Tambahan pula, ibu kepada seorang anak ini turut berkata dirinya susah melupakan arwah suaminya dan jika ada yang ingin mengenalinya mesti menyayangi anaknya juga.

Saya akui memang ada lelaki yang ingin berkenalan dan menghantar mesej di Instagram tetapi saya tak pernah balas.

 

Sejujurnya saya terbuka hati untuk terima lelaki lain dalam hidup saya sekiranya ada jodoh. Buat masa ini saya mahu besarkan anak saya dulu.

 

Arwah tetap di hati saya. Susah untuk saya melupakan. Siapa yang nak berkenalan dengan saya perlu sayangkan anak saya juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Belum dapat respon daripada Ali

Pada masa yang sama, ketika ditanya berkenaan hutang berjumlah RM75K yang perlu dibayar Ali itu, Hidayah enggan mengulas lanjut dan menyerahkan semuanya pada wakil peguam untuk uruskan.

Kata Hidayah, selepas kejadian dirinya menolak untuk menerima wang tunai daripada Ali, dia masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak sana.

Saya tak mahu beri sebarang komen dan menyerahkan semua pada wakil peguam.

 

Selepas kenyataan yang dibuat oleh peguam saya tempoh hari, kami tidak terima apa-apa maklum balas daripada pihak mereka.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hidayah ali puteh
9 months ago

"Jangan Putuskan Hubungan Hamzah Dengan Keluarga Ayahnya" - Netizen Anggap Hidayah 'Too Much', Harap Buang Ego

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...