“Jangan Putuskan Hubungan Hamzah Dengan Keluarga Ayahnya” – Netizen Anggap Hidayah ‘Too Much’, Harap Buang Ego

Trending

“Jangan Putuskan Hubungan Hamzah Dengan Keluarga Ayahnya” – Netizen Anggap Hidayah ‘Too Much’, Harap Buang Ego

Ali Puteh akhirnya sudah membayar hutang tuntutan saman RM75,000 kepada kakak ipar, Nor Hidayah Ali dan ketika pertemuan mereka, pelawak tersebut turut melepaskan rindu terhadap anak buahnya, Hamzah.

Menerusi video yang tular, Ali dilihat tidak dapat menahan sebak kerana akhirnya dapat memeluk dan mencium Hamzah selepas empat tahun tidak berjumpa.

Advertisement

dayah
3 months ago

"Apa Nak Dipeguamkan, Kita Kan Keluarga.." - Pembayaran Hutang Saman Terbantut, Hidayah Minta Ali Puteh Bayar Menerusi Peguam

 

Hidayah, buanglah ego

Bagaimanapun, ada yang berpendapat Hidayah seolah-olah menyukarkan keadaan dan proses malah ada yang menasihatinya untuk membuang ego.

Ada yang turut menegur adab menerima dan menyantuni tetamu kepadanya dan persoal mengapa tidak diajak Ali dan keluarga masuk ke dalam rumah.

Adat Melayu, jemputlah masuk dalam rumah, hidangkanlah secawan kopi…”

@melodiberapi Semoga dipermudahkan urusan Ali Puteh dan juga kak iparnya Noor Hidayah #meloditv3 #noorhidayah #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral #fypシ゚viral🖤tiktok #panas #aliputeh #hidayah ♬ original sound – Melodi tv3

 

Jangan putuskan hubungan Hamzah dan keluarga ayahnya

Dalam pada itu, Hidayah turut ditegur agar tidak memutuskan hubungan anaknya dengan keluarga belah ayahnya dan berpendapat tidak patut menyukarkan proses mereka berjumpa dengan Hamzah.

Jumpa anak sedara pun kena melalui peguam. Darah daging dia juga tu oiii Dayah.

komen

 

Mungkin Hidayah beringat

Sementara itu, sesetengah individu berpendapat Hidayah tidak menyimpan dendam atau ego tetapi lebih kepada beringat agar tidak berlaku sesuatu tak diingini di masa hadapan.

Kata mereka, mungkin Hidayah mengambil pengajaran daripada kisah lalu di mana dia dibiarkan oleh keluarga mentua selepas kematian suami.

Dia macam ni, pernah jadi musuh sampai heret ke mahkamah kalau aku pun taknak jemput masuk. Dulu sampai terkontang kanting sebab rebut harta.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...