Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie Akui Tiba-Tiba Terbit Rasa Cemburu – “Saya Cakap Dengan Shuib…”

Hiburan

Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie Akui Tiba-Tiba Terbit Rasa Cemburu – “Saya Cakap Dengan Shuib…”

Watie Hanafiah, isteri kepada pelawak Shuib akui kemunculan Allahyarham Siti Sarah dalam mimpinya menerbitkan sedikit rasa cemburu dalam hatinya.

Walaupun hanya mainan tidur, kata wanita berusia 35 tahun itu dia tidak pernah berasa cemburu terhadap arwah namun perasaan tersebut timbul hanya di dalam mimpi tersebut.

Advertisement

sarah

 

Fikir banyak kali sebelum beritahu Shuib

Ujar Watie lagi, dia mengambil masa dan berfikir banyak kali sebelum akhirnya berkongsi dengan Shuib bahawa dia ada bermimpi arwah isteri suaminya itu.

Saya cakap dengan Shuib, dalam mimpi pula saya ada perasaan risau dan cemburu jika arwah ambil suami dan anak-anaknya semula.

Mungkin dalam realiti tidak cemburu tapi dalam mimpi pula saya macam takut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 

Dapat bercakap dengan arwah

Tambah Watie, dalam mimpi tersebut dia bercakap dengan Sarah tetapi menyembunyikan perasaan cemburu yang dirasainya itu.

Arwah juga muncul bersama bapanya, Raisuddin Hamzah di dalam mimpi itu namun tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya merenung wajahnya.

Saya terfikir Sarah mahu ambil suami dan anak-anak ke? Tapi saya sorok perasaan itu dan saya cakap dengan Sarah tak mahu jumpa anak-anak ke? Anak-anak rindu Sarah.

Tapi Sarah tidak bercakap apa-apa, dia hanya pandang wajah saya.

siti sarah

 

Dekta mimpi dulu

Watie berkata dia mendapat mimpi tersebut selepas anak perempuannya, Talita ada memberitahu bermimpi arwah ibunya ingin mengambil adik beradik.

Sebelum itu, Dekta beritahu dia ada mimpi ibu. Ibu cakap nak ambil mereka. Mungkin disebabkan Dekta cerita itu saya terbawa sampai mimpi.

Siti Sarah
8 months ago

(VIDEO) "Tiba-Tiba iPad Keluar Nama 'Ibu Sayang'" - Shuib Kongsi Momen Mimpi Jumpa Arwah Siti Sarah, Sebak Hasrat Akhirnya Tercapai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...