(VIDEO) “Tiba-Tiba iPad Keluar Nama ‘Ibu Sayang'” – Shuib Kongsi Momen Mimpi Jumpa Arwah Siti Sarah, Sebak Hasrat Akhirnya Tercapai

Hiburan

(VIDEO) “Tiba-Tiba iPad Keluar Nama ‘Ibu Sayang'” – Shuib Kongsi Momen Mimpi Jumpa Arwah Siti Sarah, Sebak Hasrat Akhirnya Tercapai

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu memaklumkan hasratnya untuk bertemu isteri, Allahyarhamah Siti Sarah termakbul apabila dia bermimpikan arwah baru-baru ini.

Shuib kongsi momen mimpi jumpa arwah Sarah

Kongsi Shuib, dalam mimpi tersebut, dia sedang berada di sebuah pulau dan ingin menghubungi Sarah namun panggilannya tidak berjawab seperti kebiasaan.

Advertisement

Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama dia ‘ibu sayang’. Saya cari dan saya jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat.

Setelah itu, Shuib bangun dan berkongsi mengenai mimpi itu dengan isterinya, Watie.

Usahawan itu walau bagaimanapun tidak menyangka mimpi tersebut bersambung selepas dia melelapkan mata seketika pada waktu pagi.

Siti Sarah tersenyum, pakai baju putih

Ketika itu, Shuib memaklumkan dia bertemu Sarah yang tersenyum sambil memakai warna putih.

 

Dalam mimpi itu saya pegang iPad kerana itu memang milik dia. Tiba-tiba dekat ipad tu keluar nama dia, ibu sayang. Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya. Sebelum angkat panggilan ada gambar dia sedang senyum dan pakaiannya lebih kurang seperti ini.

Jadi saya nak angkat panggilan itu tapi tak boleh angkat sebab itu berhenti di situ. Dia senyum tengok saya tapi tak cakap. Saya dah banyak kali mimpi tapi dia takkan angkat panggilan saya.

Sekadar info, Allahyarhamah Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, Shuib dan Sarah dikurniakan empat orang cahaya mata. Shuib kemudian bernikah kali kedua dengan usahawan Watie pada 23 Jun 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mustapha kamal
1 month ago

"Assalamualaikum Papa Megah Holding" - Mustapha Kamal 'Tayang' Anak-Anak Ketika Berbuka Puasa, Ramai Peminat Cuba Nasib Jadi Menantu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...