Agak sekian lama memegang gelaran janda, seorang penyanyi dan juga pelakon wanita yang popular tahun 2000 ke atas katanya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama sahaja lagi.
Bukan calang-calang, bakal jodoh artis wanita itu juga khabarnya dari golongan kerabat diraja Negeri Sembilan.
Senang kata, selebriti ‘kelas atasan’ kini hanya menunggu kad undangan daripada penyanyi ini.
Bakal suami juga bukan main segak, bagai pinang dibelah dua lah katakan.
Namun, sebelum ini peminat anggap artis ini sudah pun bernikah kerana bagai belangkas kedua-duanya kemana-mana sahaja.
Selebriti wanita ini memang terkenal dengan cara hidup barat dan sering sahaja berpakaian seksi semenjak bercerai dengan pasangannya yang dahulu.
Apa-pun, tahniah diucapkan buat penyanyi satu lagu ‘one hit wonder’ ini, tercapai juga hasrat besar untuk berkahwin dengan kekasih hatinya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.