Meskipun masih belum bertemu jodoh, Zizan Razak akui tetap reda dan bersyukur kerana rezekinya melimpah ruah dari segi kerjaya dan peniagaan.
Menurut pelakon, pengacara dan pelawak berusia 37 tahun itu dia pernah meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun.
Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Muhd Razizan Abdul Razak berkata dia pernah mencuba dan hampir berkahwin namun tidak menjadi.
Bagi saya, itu kerja Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya terima saja. Takkan saya nak salahkan takdr.”
Katanya lagi, dia menyerahkan soal jodoh kepada ibunya, Anai Ibrahim dan akan mengutamakan ibunya dalam memilih jodoh.
Namun, dia kesal dengan segelintir peminat yang menasihatinya untuk tidak memilih isteri dalam kalangan selebriti.
Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu ada yang kata jangan cari artis, kenapa artis hina ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis?”
Mengakhiri temu bualnya bersama mStar, Zizan mengingatkan supaya semua menjaga tutur kata dan bicara. Katanya, artis juga manusia dan setiap orang tidak diketahui pengakhiran hidup masing-masing.
Jadi berpada-padalah dalam menegur.