Artis Baru Berhijab Perlu Diberi Ruang – Irma Hasmie

Hiburan

Artis Baru Berhijab Perlu Diberi Ruang – Irma Hasmie

Irma Hasmie merupakan salah seorang artis wanita terawal yang telah berhijrah dan bertudung. Penghijrahan Irma mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dengan Redza Syah Azmeer yang sama cantik sama padan dengannya. Selepas bertudung, Irma juga dilihat banyak mengurangkan aktiviti berlakon. Tak salah jika Abang Nara katakan Irma antara ‘role model’ di kalangan selebriti terutama di kalangan mereka yang berhijrah.
irma hasmie

Susulan ramai selebriti wanita yang berhijab dan membuat keputusan bertudung sepenuhnya baru-baru ini, Irma Hasmie meminta para peminat untuk memberikan artis-artis ini ruang. Kata Irma:-

Advertisement

Syukur Alhamdulillah ramai artis yang telah menerima hidayah daripada Allah kerana peluang itu bukan senang diberikan. Apa yang penting, bagi terus kekal dengan imej baru tersebut kita perlu lihat pada niat. Jadikan niat penghijrahan itu untuk Allah dan bukannya untuk orang lain.

Apabila mereka berubah, kita perlu bersyukur dengan melihat perubahan yang mereka lakukan. Seharusnya kita memberi dorongan dan sokongan pada mereka biarpun ada melakukan sedikit kesalahan kerana perubahan itu tidak semestinya boleh dilakukan secara mendadak

irma hasmie

Sedikit sebanyak Irma sudah tentu bercakap dari segi pengalamannya. Kita selaku peminat haruslah memberi sokongan dan kata-kata positif buat selebriti yang berhijrah. Bak kata Erra Fazira, janganlah hentam sahaja. Awal-awal ini pasti ramai yang masih tercari-cari jenis tudung yang sesuai dan kadangkala tampil dengan fesyen yang agak pelik. Kita cuma perlu bersabar dan tegur apa yang sepatutnya tanpa melukakan hati mereka. Tak gitu? Sumber Mstar Online.
irma hasmieP.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. FREE POSTAGE bagi order RM100 dan ke atas. lebih banyak design yang berkualiti dengan harga yang berpatutan website IzieFashion, Facebook Iziefashion & Instagram IzieFashion ^_^

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...