Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jangan Hentam Saya Bertudung – Erra Fazira

Mengakui sudah berhijrah dan mengenakan hijab pada malam Nisfu Syaaban Isnin lalu, Erra Fazira berharap tiada yang mengkritik beliau dengan penampilan terbarunya di media sosial. Baru sahaja memulakan langkah untuk menjadi seorang muslimah sejati, Erra meminta agar peminat terus mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Advertisement

Kita sepatutnya mendoakan dan saya percaya perlahan demi perlahan saya dan mereka (yang berhijrah) akan melakukan perubahan mutlak. Janganlah hentam yang teruk benar. Menegur tidak salah, tetapi biarlah berhemah. Yang penting penghijrahan itu dalam diri.

Sebenarnya sudah lama beliau meyimpan niat untuk bertudung tetapi Allah SWT telah memberi Erra hidayah dan hatinya terpanggil kuat untuk berhijab pada malam Nisfu Syaaban tersebut.

Alhamdulillah… Allah bukakan hati ini. Sebenarnya sudah lama dah (hasrat mahu bertudung), tetapi rasa itu terpanggil kuat apabila masuknya Nisfu Syaaban. Dah tak mahu fikir-fikir panjang dan mencari alasan lagi, laksanakan terus niat itu.

Berikan peluang kepada Erra untuk mendalami agama dengan lebih lagi dan tegur dengan baik jika beliau melakukan kesilapan. Sama-sama doakan agar perubahan beliau kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top