Artikel ‘Guide’ Anak Muda Elak ‘Ditangkap Basah’ Dikecam Netizen

Gaya Hidup

Artikel ‘Guide’ Anak Muda Elak ‘Ditangkap Basah’ Dikecam Netizen

Sebuah portal majalah hiburan baru-baru ini menerima kecaman hebat pengguna media sosial gara-gara memuat naik tips dan panduan untuk elak ‘ditangkap basah’ oleh penguatkuasa terutamanya di musim cuti dan malam tahun baru misalnya.

Artikel tersebut yang dimuat naik kembali oleh pengendali portal berkenaan dilihat menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang kebanyakannya beragama Islam.

Advertisement

Artikel kongkek safe

Tinjauan BeautifulNara mendapati artikel itu hanya boleh diakses kepada pelayar berusia 21 tahun dan ke atas kerana ia mempunyai unsur seksual untuk orang dewasa.

roti canai popular di pulau pinang
1 year ago

"Pengotor, Sombong!" - Kecewa Singgah Gerai Roti Canai 'Popular' Di Pulau Pinang, Lelaki Hairan Orang Ramai Makan

Safe sex

Dalam artikel tersebut, antara ‘tips’ yang dikongsikan adalah seperti menempah hotel 4 bintang ke atas agar tidak diserbu penguatkuasa, jangan ‘berkhalwat’ di dalam kereta, menempah AirBnb, dan membuat ‘kajian’ terlebih dahulu sebelum menempah sesebuah hotel.

Bukan sahaja netizen, malah pendakwah selebriti seperti Firdaus Wong Hai Hung juga turut mengecam penerbitan artikel tersebut.

Majalah mengajar bagaimana untuk elak ditangkap ketika berzina. Adakah ‘content’ sebegini sesuai dengan adab ketimuran kita di Malaysia dan selari dengan undang-undang negara?

Kata Firdaus, kandungan artikel seperti itu seperti menyarankan dan mempromosi aktiviti zina dalam kalangan umat Islam.

Selain itu, netizen kebanyakan berpendapat bahawa kandungan seperti itu tidak sesuai untuk dipaparkan kerana boleh mempengaruhi anak remaja yang meningkat dewasa, di mana mungkin mempunyai naluri untuk berkhalwat dan berdua-duaan  bersama pasangan masing-masing.

Komen netizen

“Orang sekarang makin berani, tak segan promosi benda-benda yang bertentangan dengan agama Islam. Lagi-lagi anak muda zaman sekarang.” tulis seorang pengguna media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...