Written by Bella | May 15th, 2018

Penyanyi Ziana Zain nampaknya harus kekal bersabar dan tabah apabila hasratnya untuk bercerai dengan suami, Armin Zaharin hari ini tertangguh apabila lelaki itu membangkitkan soal anak-anak dalam perbicaraan yang berlangsung pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Armin memberitahu beliau bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Ziana dengan bersyarat iaitu dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya. Sejak Mac lalu saya langsung tidak dapat bertemu mereka dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh mahkamah.

Dalam pada itu, Ziana menafikan beliau sengaja menghalang suaminya daripada bertemu dengan anak-anak mereka.

Namun, beliau terpaksa melakukan perkara itu atas arahan pihak polis dan peguam kerana anak-anak menjadi saksi untuk kes dimana Armin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Kes penceraian mereka akan disebut semula pada 28 Jun depan. Terdahulu, Ziana menerusi satu sidang media memberitahu beliau sudah tidak dapat bertahan dengan sikap panas baran Armin dan mendedahakan suaminya itu mengambil dadah dan pernah mencilikan kemaluan serta dubur anak kembar mereka yang ketika itu baru berusia 3 tahun.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : YouTube Harian Metro

18 responses to Armin Setuju Lafazkan Cerai Terhadap Ziana Zain Dengan Syarat Dibenarkan Berjumpa Dengan Anak-Anak

  1. Anyn says:

    Be strong kak zi…. Ur husband looks innocent but u know him the most.
    20 tahun kak zi sabar… Tanda kak zi kuat… Tanda kak zi syg dia…
    But enough is enough..
    Anak makin besar takut jd ikutan perangai bapaknya…
    U make the right decision

    52

    1
  2. Azie says:

    Hati perempuan….slama ni mgkn kak ziana dh ckup brsabar…mgkn ksbaran dia dh hilang…dia trpaksa pilih jalan utk brpisah…?

    7

    0
  3. miamore says:

    kesian…. selama ni hanya berpura2 bahagia…sepatutnya ada laki hidup lagi senang. kalau dah makin menyusahkan baik pergi jerlah.

    11

    1
  4. Wekkkkkkk says:

    Org2 lama ckp..” anak2 ni klau kecil akn ikut shj kemana ibubapa pergi..bahkn kdlm hutan utk berpindh pun mereka ikut”..sbb mereka x tahu ape. Masih kecil..Jadi ikut je apa keputusan ibu bapa.

    Tapi bila bsr..mereka akn bercakap..kenapa..kenapa..kenapa..x nk..x nk..x naklh..sbb mereka dh bsrlh.

    Tapi jika ibu bapa yg brcerai..anak Ziana pula sudah ada akai walaupun masih bersekolh..” pasti mereka tercebik tgok bapa dn tak mahu jumpa” ..jumpa pun hanya trpaksa..mak yg suruh..sbb ikut perinth undg2 syariah.
    Jumpa hanya dgn paksaan.
    Klau dh bsr dn bkerja..Alllahualamlh.

    6

    0
    • grumpydrive says:

      Rasanya kalau nak jumpa lebih baik ada pengawasan. Ala mcm kat negara orang putih tu. Supervise visitations. Sbb dia ni dah lah kena tuduh cederakan anak.
      Kalau saya Ziana Zain pun mang tak lah nak bagi anak jumpa. Lebih lebih lagi anal yg kecil tu.

      2

      0
  5. Anonymous says:

    Ziana tabah bertahun2..tapi tahap kesabaran dah tiada..kita manusia bukan malaikat

    6

    0
  6. Anonymous says:

    Setuju ZZ minta cerai. Kalau boleh anak ZZ ambil. Lagipun bapa dia pendera tak layak jaga atau jumpa anak. Ini dari aspek perundangan.

    Semoga diberikan keberanian dan dipermudahlan urusan oleh allah swt. Amin.

    4

    0
  7. Anonymous says:

    kesian anak2 trauma dgn sikap panas baran ayah dia…patut dah lama bertindak… skrg merugikan semua org termasuk bapa anak2 dia….

    1

    3
  8. Gina says:

    Jahat mcmana pun itu bapak of ank2 n zuriat laki dia..itu hak dia hanya syarat dia nk bersama ank2 kena diawasi phk tertentu sb dia seorang pendera n penghisap dadah..takut waktu2 dia hilang hormat berlaku dera lg..tu yg agk sukar . Doa kak ZZ selamat dunia akhirat

    5

    3
  9. Lala says:

    Baiknya anuar.. Sentiasa berada di sisi kakak dia support kakak dia.. Sedih tengok ziana.. Kesian..

    10

    0
  10. abc says:

    1. Kak Ziana – you are now the epitome of a woman of incredible strength, poise and grace. Semoga semua urusan Kak Ziana dipermudahkan.
    2. Visiting rights – boleh tapi dengan satu syarat: with 2 accompanying persons. 1 ahli keluarga, 1 bodyguard
    3. Armin – go into rehab and therapy. You have problems with drug addiction and anger management. Time you own up to it.
    4. Zed Zaidi and the police – siasat siapa drug pusher yang bekalkan dadah kpd golongan artis2. Dah byk kes dadah di kalangan artis dah. Armin bukan artis, tapi semua artis. The drug pusher mungkin direcommend oleh mereka yang dalam linkungan dunia artis.

    12

    0

Leave a Comment

Optional