May 15th, 2018

Kes suami Ziana Zain iaitu Armin Zaharin yang ditahan polis atas dakwaan mencederakan anaknya benar-benar memberikan impak besar kepada kehidupan penyanyi itu. Ada juga beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa Ziana sebagai seorang isteri sanggup membuat laporan polis terhadap suami sendiri?

Setelah lama berdiam diri dan menerima pelbagai kritikan, Ziana akhirnya tampil membuka mulut mengenai apa yang terjadi. Beliau mendedahkan suaminya itu sering memukul anak-anak dengan teruk sekali sehingga menyebabkan lebam serta “pecah” di bahagian badan. Lebih memeranjatkan, Armin juga pernah mencilikan kemaluan serta dubur anak kembar mereka yang ketika itu berusia 3 tahun.

Ziana juga sudah tidak mampu bersabar dan bertahan dengan sikap panas baran Armin apatah lagi lelaki itu turut mengambil dadah. Antara faktor Ziana ingin bercerai adalah berkaitan kes penderaan yang berlaku kepada anak-anaknya. Sudah lebih 20 tahun mendirikan rumah tangga, beliau sudah cukup mengenali siapa Armin sebenarnya.

Seorang wanita mempunyai kesabaran yang tinggi, namun jika anak-anak sudah menjadi mangsa, untuk apa lagi meneruskan perkahwinan yang dibina? Siapa sangka sudah bertahun lamanya Ziana memendam rasa dan pastinya keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik. Semoga ada bahagia kelak buat Ziana dan anak-anaknya.

Sumber Berita : Media Hiburan


38 responses to “Ziana Zain Dedah Suami Panas Baran, Ambil Dadah Dan Pernah Cilikan Kemaluan Anak Ketika Usia 3 Tahun”

  1. Biskut Hup Seng says:

    Ada jugak eh yg tanya kenapa sanggup report suami sendiri? Suami tak suami, once dah libatkan anak, dah cederakan anak, mak bapak suami pun aku sanggup report. Try masuk cili kat kemaluan org yg tanya tu, tgk dia nk dok diam2 lg ke x. Lahanat punya statemnet.

Loading...