Susulan berita Zulin Aziz yang diganggu dan dituduh menggunakan bomoh untuk memikat hati Ariz Forteen, penyanyi kumpulan itu mengakui beliau turut diganggu oleh wanita misteri  apabila bertindak untuk memberikan komen yang boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti.
Malah, wanita misteri itu pernah menghubungi beliau dan tidak bercakap sepatah perkataan selain mengugut untuk meludah muka Ariz sekiranya berjumpa di luar.
Saya pun pelik dan terkejut, wanita yang sama juga pernah menghubungi saya tetapi bila bercakap di talian dia diam dan tak bercakap apa-apa.Kehidupan saya ini diganggu berlarutan hampir 3 tahun, sehinggalah sampai satu tahap saya buat tak tahu, dia mesej saya yang berbunyi ‘kalau aku jumpa kau di luar, aku ludah muka ko’.
Ariz menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang psiko dan turut akan mengganggu ahli Forteen yang lain apabila tidak berpuas hati dengan beliau. Namun, Ariz sedar perkara seperti ini adalah harga yang perlu dibayar olehnya saat bergelar seorang artis.
Saya pun tak tahu kenapa, saya ni baik hati sangat tak buat laporan polis  mengenai kes ini, sebelum ini kalau dia tak puas hati ganggu saya, dia akan ganggu ahli forteen yang lain. Orang yang sama juga akan komen dekat Instagram Amir dan Wan cakap yang bukan-bukan, saya agak trauma tetapi inilah harga yang saya perlu bayar untuk bergelar selebriti, sabar sahajalah yang mampu saya buat.
Ya memang ada risiko untuk berhadapan dengan perkara ini apabila memilih jalan untuk bergelar seorang artis, tetapi adalah lebih baik untuk Ariz membuat laporan polis jika perbuataan wanita misteri itu sudah melampaui batasnya sehingga menimbulkan rasa takut dan trauma. Anda harus berjaga-jaga dengan wanita tersebut kerana tidak tahu apa yang difikirkan mungkin ia akan membahayakan anda.