Zulin Aziz Difitnah Guna Bomoh Untuk Memikat Ariz Forteen

Hiburan

Zulin Aziz Difitnah Guna Bomoh Untuk Memikat Ariz Forteen

Hubungan rapat antara Zulin Aziz dan Ariz Forteen nampaknya membuatkan seorang individu merasa cemburu dengan kemesraan mereka dan telah memfitnah Zulin menggunakan khidmat bomoh hanya untuk mendapatkan cinta Ariz.

Sudah tidak tahan lagi dicaci dan difitnah sehingga beberapa kali, Zulin telah bertindak untuk mendedahkan individu di yang melemparkan tuduhan tidak benar itu kepada dirinya.

Advertisement

Saya cuba untuk tidak memperbesarkan isu ini tetapi sampai menuduh saya menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan cinta lelaki… bagi saya itu melampau dan mampu menjatuhkan maruah saya.

Atas sebab itu juga saya bertindak mendedahkan individu berkenaan di Instagram saya agar dia dapat menghentikan perbuatan tersebut.

Motif individu yang dikenali sebagai @sitifatimahlufias88 mendakwa beliau menggunakan ilmu hitam adalah kerana tidak suka keakraban yang terjalin bersama Ariz dan ingin membuatkan mereka berdua bermusuhan. Malah, wanita tersebut bukan sahaja mengganggu Zulin seorang tetapi Ariz juga mengalami perkara yang sama.

Saya tidak tahu wanita berkenaan ada masalah mental atau dia sekadar suka-suka menganggu dan menuduh saya tetapi ia semakin tidak terkawal. Malah Ariz sendiri yang memaklumkan kepada saya tentang tuduhan terbaharu yang mengatakan saya menggunakan ilmu hitam.

Pada masa yang sama Zulin berkata hubungan beliau dan Ariz tidak lebih daripada seorang kawan dan berharap peminat Ariz tidak terlalu fanatik sehingga ingin mejatuhkan maruah orang lain dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak masuk akal.

Sesetengah peminat artis ini, kadang-kala mereka terlalu fanatik dan menganggap seseorang artis itu milik mereka sahaja. Lagi-lagi sejak wujudnya media sosial, macam-macam lah mereka akan kata tentang artis baik perkara baik ataupn buruk.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...