Muhamad Arif, 28, anak kepada gitaris XPDC, Izo, mendedahkan kepada mStar bahawa dia sering menerima mesej-mesej nakal daripada pengikut, khususnya wanita.
Arif menjelaskan dia tidak membalas mesej-mesej tersebut sebaliknya memilih untuk mengabaikannya kerana bimbang menjadi mangsa penipuan siber di media sosial.
View this post on Instagram
Jelasnya,
Bila bekerja dalam bidang ini, memang perkara biasa untuk menerima mesej-mesej sebegini. Saya cuba layan sebaik mungkin, tetapi ada yang keterlaluan. Zaman sekarang bahaya kerana ada akaun sebenar dan juga palsu, jadi kena bijak jaga diri. Saya cuma tengok mesej itu sahaja, tidak melayan.
Tambahnya lagi,
Banyak kes godaan daripada peminat yang buat saya risau, alhamdulillah setakat ini tidak pernah berlaku secara berdepan, cuma melalui media sosial sahaja.
Dalam perkembangan lain, kumpulan XPDC dan Search dijadualkan membuat persembahan dalam Konsert Fenomena Samurai di Kuching, Sarawak pada 13 Disember ini.