Written by Bella | June 8th, 2015

Konsert Rockestra  XPDC: Aku Masih Disini  yang diadakan pada hari Sabtu lalu mempunyai pelbagai konflik dalaman dan kontroversi sehingga menyebabkan konsert tersebut tertunda lebih daripada satu jam.

Menurut vokalis kumpulan tersebut iaitu  Mael beliau menyifatkan segala kekangan dan masalah berpunca daripada pihak pengajur DuaLaris Event yang enggan menjelaskan baki bayaran seperti yang dijanjikan sebelum kumpulan XPDC membuat persembahan secara langsung.

Sebelum sidang media konsert ini lagi saya sudah tekankan pada penganjur bahawa saya mahu bayaran penuh dijelaskan sebelum saya bersama ahli-ahli lain mengadakan persembahan. Hampir setiap masa saya tekankan mahu bayaran penuh sebelum persembahan. Tetapi saya pula dimarahi semula dan mereka meminta saya nyanyi dahulu baru dapat bayaran.

Lebih menyakitkan hati, maruah Mael telah dipijak apabila salah seorang pihak penganjur telah mencampak duit ke lantai di hadapan khalayak ramai.

Apabila saya bertegas mahu bayaran dijelaskan juga sebelum persembahan, salah seorang daripada pihak penganjur mencampak duit itu ke lantai di depan orang ramai. Ketika itu saya rasa maruah saya dihina kerana perbuatannya. Tetapi lain pula jadinya apabila orang berkata-kata kononnya sayalah punca konsert itu gagal.

Bagi saya, XPDC telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu dan kegagalan konsert itu bukan berpunca daripada saya. Mereka yang melambatkan acara.

Semuanya terjadi apabila vokalis kumpulan tersebut tidak muncul  pada waktu yang telah ditetapkan meskipun kesemua anggota XPDC iaitu  Eddie (bes), Lola (drum) Izu (gitaris) telah memulakan persembahan pembukaan di atas pentas tanpa kehadiran Mael. Peminat kumpulan XPDC mula merasa marah dan tertanya-tanya apabila seorang penyanyi yang tidak dikenali menggantikan tempat Mael dengan lagu Hidup Bersama.

Mael pada masa yang sama berasa terkilan apabila acara persembahan konsert dimulakan dahulu tanpa menunggunya yang sedang perjalanan ke stadium, berkenaan, sehingga beliau terpaksa berkorban untuk tidak menziarahi abang beliau yang meninggal dunia pada sebelah petang di Muar.

Sumber Berita: mStar Online

21 responses to Konsert XPDC Gagal: Maruah Kumpulan Dipijak Penganjur Campak Duit

  1. che ton says:

    manusia tiada berperikemanusiaan…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ini yg xsuke neh..
      patotnye pihak penganjur bagi la sikit penghormatan, abg die meninggal kot.
      bagitau masa konsert pon ok.
      rock rock jugak beb, sekejap sedekahkan al fatihah ape salahnye..nak start konsert cepat je..

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      kalau keja ngan penganjur mlayu ha macm gini la jadi Nye..biasa la mlayu keja Nye asek asek nk menipuu aje ..kalau penganjur tknk bayar penuh ha ada la dlm kepala hotak dorang berjalan nk tipu..lain kali kalau penganjur tknk bayar batalkn aje konsert ! mesti ada black n white kan…helo penganjur ! kalau tk mampu nk bayar jangan la nk buat konsert ke ape ke..jangan salahkn sesiape dlm hal ini ! orang dh main band n nyanyi penat2 penganjur dh la tk berterima khaseh eh dia boleh campak pulak duit kt lantai ! kau ingat kerbau jantan yg menyanyi tu huh ! ni lah prangai mlayu yg sebenar Nye..sekian terima khaseh..thank uu..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Aku perhati masa nyanyi kat konsert Kilauan Emas hari tu, Mael ni nyanyi mcm syok sendiri. Asyik kibar-kibarkan jaket dia mcm nak tunjuk gambar kat baju dia tu. Mungkin dia dah hilang aura sebagai penyanyi rock. Dulu takde dia nyanyi gitu.

    0

    0
    • tu la tgk jgk…suara dia mmg teruk sgt2..bkn sikit2….kita yg tgk mcm malu je sbb kesiankn dia suara tak keluar lgsg….nasib ali ada jd penyelamat…..istilah org muda2..mcm tgh “high” pn ada jgk….

      0

      0
      • Sipuden says:

        Mael ni dari dlu lagi nyanyi out..dlm album ja gempak sebab suara recording..live mmg hancur pn.

        0

        0
  3. Gigi emas says:

    Orang dah tak dengar lagi rock kampung ni….tu la industri musik dah bergerak nun jauh tapi alangkah sedihnya ada lgi yg masih teruja dgn rock kampung…..teramatlah kuno

    0

    0
    • gig emas bodoh says:

      Kepala hotak kau org xdengar..mana kau tahu..budak2 kpop mmg xtahu nilai seni rock..bodoh

      0

      0
      • Gigi emas Dajal mata satu says:

        Dua2 cakap guna akal boleh tak ? Masing2 mengutuk genre muzik yg korang tak minat. @gigi emas bodoh apalah tiba2 melatah sebut kpop pulak. @Gigi emas ni mmg suka provoke org dr sudut agama, budaya, bangsa sampai ke genre music, dia mmg suka melaga2kn org. Klu nak kenal Dajal mmg itulah gigi emas ni. Dajal mata satu @Gigi emas ni jk ada org berkahwin , dia akan doakan org tu cerai berai. Jgn ikut perangai gigi emas ni. Klu tak minat kpop tak perlu kutuk spt @Gigi emas tu.

        0

        0
      • asam pedas says:

        @gig emas bodoh
        pehal pulak kau kaitkan dengan budak kpop ?
        nickname gigi emas tu pakcik tua yang kesepian…alih2 budak kpop pulak yang kena.

        0

        0
      • cookies says:

        knapa pulak kau tuduh budak kpop ????? ramai lagi kot artis lain dalam dunia ni yang tengah famous.

        0

        0
    • minah jambu terlajak habis says:

      Rock never die !! Dark Ladyyy yeh !!

      0

      0
  4. mayat berdiri says:

    Maaf sgt..sy bkn pengikut xpdc..jadi sy nak tnya jer..klau mael merupakan vokalis xpdc, ali xpdc tu pulak siapa?bkn dia pun vokalis juge?mintak pencerahan dr yg tahu ye..

    0

    0
    • Anonymous says:

      mael tu anggota asal..neh konsert anggota asal la..dorang bkumpul balik & buat konsert

      0

      0
  5. xyz says:

    Maafkan jika saya silap.
    Tapi kalau benarlah datang lewat and then still push the payment before start memang I rasa tak professional lah Mael ni. Same goes to the organizer, tak professional la nak campak duit macamtu

    0

    0
  6. dotdot says:

    no wonder,da rmi artis kene tpu dgn organizer melyu,cth2 b4 ni kte da tgk kn artis slu xdbyr…well,mael mkn berusia,suara da power mcm dulu samada dia ‘high’@ksn ambil dadh,same2 la kite doakn dia berubh….pe2 pon,XPDC mmg legend..

    0

    0
  7. minah jambu u says:

    sedey nyer dan xpham pape ..hihi

    0

    0
  8. man nor man says:

    Mael Mintak Duit Awal Sebab Nak g cas dulu kot….baru power kalau nyanyi

    0

    0
  9. miss A says:

    aku pergi konsert rockestra xpdc mlm tu..mula2 mmg bengang sbb janji start kul 8..da kul 8.30 pn x start lagi..tunggu punya tunggu kul 10 baru start.pembukaan da best dgn iringan muzik orkestra..nama mael da diumumkan oleh isma alif tp x keluar2 jgk last2 artis mana ntah kuar nyanyi lagu hidup bersama.mmg huru hara konsert mlm tu.aku nampak mael dtg lambat tp dia ada sebab kenapa dia dtg lambat..penganjur muntah kedarah nak tipu duit org je! kump xpdc da byk kali kena tipu sbb tu diaorg mntk full payment.eh byk la lagi kontroversi yg berlaku yg org lain x tau..mael org kampung aku.lepak jamming sama2 dgn arwah uncle n sepupu aku.peribadi dia sbg mat pet itu dia punya pasal.yg penting bakat dia kt nk tgk..kt doalah supaya suatu hari nanti dia benti terjebak dgn benda x elok.masa tengok dia nyanyi kat hard rock cafe melaka suara dia mmg sedap..xtau la nape masa kilauan emas suara mael ke lauat..ape2 pun wa caya sama lu bro!

    0

    0
  10. tlx says:

    ala suara dah OUT pun.. x yah lah memalukan diri sendiri adoiyai…

    0

    0
  11. hanibunnie says:

    ni mcm yang jadi masa konsert xpdc di litar sepang 2 thn lps.. same situation different venue. Peminat kene tunggu lebih dari 1 jam utk XPDC buat show.

    0

    0