Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Tindakan Sufi AF2015 satu ketika dahulu yang campur tangan di dalam kes gangguan seksual Tegar dan Arif Dollah nampaknya memakan diri. Sebelum menyertai Akademi Fantasia 2015, Sufie telah tampil mempertahankan Tegar dengan mendakwa dirinya turut sama menjadi mangsa seks oral Arif Dollah ketika berusia 13 tahun. Sufi juga mendakwa dirinya menjadi mangsa Arif Dollah selama setahun selepas Ariff mengahwini ibunya.
Setelah dakwaan terhadap Ariff Dollah digugurkan kerana ketiadaan bukti, Sufi AF2015Â memaklumkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini adalah untuk mempertahankan haknya dan Tegar. Sufi juga berharap agar kes ini tidak dibuka kembali. Malah Sufi juga enggan mengulas dengan berkata kes ini sudah ditutup. Namun nampaknya harapan hanya tinggal harapan. Arif Dollah bakal meneruskan saman malunya terhadap Sufi kerana dakwaan juara AF2015 itu telah menjejaskan reputasinya. Kata Ariff Dollah:-
Kes itu sebenarnya membabitkan saya dan Tegar saja, tetapi Sufi campur tangan kononnya untuk mempertahankan Tegar.
Di kala nama Sufi sedang meningkat naik, kontroversi sebegini sudah tentu sedikit sebanyak menjejaskan popularitinya. Semoga Sufi tenang menghadapi dugaan ini. Jadikan ini sebagai pengajaran. Di masa hadapan, perlu lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan. Kalau tiada bukti, jangan berani tampil mempertahankan orang lain. Tak pasal-pasal jadi begini.