Buat mereka yang merancang untuk serius dalam perhubungan dan menuju satu lagi tahap dalam percintaan seperti berkahwin misalnya, mungkin anda boleh pertimbangkan pakej melamar pasangan yang ditawarkan Aquaria KLCC ini.
Lamar pasangan anda dengan cara unik!
Menerusi satu ciapan seorang individu ini, pusat rekreasi dan pelancongan yang terletak di KLCC itu telah menawarkan ‘marriage proposal’ dengan cara cukup unik.
Sapa2 nak propose dkt gipren ka bopren ka boleh la consider package Sharks Proposal dari Aquaria. Kalau sampai mcm ni propose pastu minah/mamat tu kata “no” jugak, confem takde jodoh 🤣 pic.twitter.com/g3T6pIqPe6
— Southeast Bayesian 🌺 (@melatinungsari) June 16, 2024
Difahamkan anda boleh berenang bersama ikan jerung sambil melamar pasangan anda itu. Menarik kan?
Dalam hantaran itu, Aquaria dilihat menawarkan pakej Romance Proposal, Cage Rage Proposal dan juga Dive With Sharks Proposal.
Pakej-pakej tersebut bermula dengan harga Rm835 sehingga RM1,550 setiap satu.
Apa yang paling mencuri perhatian warga maya adalah pakej berenang bersama jerung di mana anda boleh ‘feeling-feeling’ menjadi watak dalam drama Korea Queen Of Tears.
Boleh tahan ‘effort’ nak melamar tu, harap-harap diterima la ya!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.