Peminat Durian Mari Merapat! Ini Lokasi Terbaik Untuk Beli Durian Yang Bajet Dan ‘Fresh’ Di Pulau Pinang (Bhgn 1)

Travel

Peminat Durian Mari Merapat! Ini Lokasi Terbaik Untuk Beli Durian Yang Bajet Dan ‘Fresh’ Di Pulau Pinang (Bhgn 1)

Jika anda penggemar buahan eksotik seperti durian, pastinya menantikan gelombang pertama musim durian di Pulau Pinang yang  dijangka berlangsung sehingga awal Jun ini dan diikuti gelombang kedua antara pertengahan Jun hingga Julai.

Dan untuk itu, kalau anda bercuti di negeri Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk singgah di lokasi dusun buah durian yang terkenal di negeri itu bagi menikmati keenakannya selain dikutip segar dari pokok!

Advertisement

Jom kami senaraikan ‘port’ terbaik dusun durian di Pulau Pinang!

1. Shan Cheng Durian Penang

Terdapat lebih daripada 20 jenis durian tanpa racun perosak, termasuk Musang King yang terkenal, Udang Merah, Duri Hitam, Ganjaa, HorLor dan banyak lagi!

Shan cheng durian penang

Sumber: Foodie.Asia

Durian berkualiti premium dihidangkan dengan baik dengan harga yang berpatutan. Banyak variasi durian untuk dipilih. Bos yang peramah dan layanan yang baik.” – reviu pelancong tempatan.

Shan Cheng Durian Farm

Sumber: Foodie.Asia

Lokasi:748B Mk6, Jln P. Upih, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Dibuka 10 pagi sehingga 5 petang.

2. Bao Sheng Durian Farm

Ditubuhkan sejak 1959, ladang durian ini telah mengamalkan penternakan organik bagi menghasilkan durian bebas racun perosak yang berkualiti tinggi.

Bao Sheng Durian Farm

Sumber: Foodie.Asia

Bao Sheng Durian Farm

Sumber: Foodie.Asia

Mereka juga menawarkan pelbagai pilihan vila dan homestay berhawa dingin untuk anda yang ingin menikmati percutian ‘short getaway’ sambil makan durian enak!

Lokasi: 150 Mk2 Sungai Pinang Balik Pulau, 11010 Penang, Pulau Pinang.

3. 2 Acres Cafe

Tempat ini membolehkan anda menikmati rasa durian yang berkrim bersama-sama dengan hirupan aromatik kopi, semuanya di dalam dusun durian!

2 Acres Cafe

Sumber: Foodie.Asia

2 Acres Cafe

Sumber: Foodie.Asia

Anda boleh memilih durian pilihan anda daripada lebih 30 jenis termasuk Udang Merah, Hor Lor, Duri Hitam, Musang King dan banyak lagi.

Lokasi:Lot 313, Jalan Teluk Bahang, Kampung Sungai Pinang, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Dibuka jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 month ago

Tak Perlu Keluar Bajet Mahal-Mahal, Korang Boleh 'Jelajah Jepun' Hanya Di Shah Alam Je!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...