Mesti ramai yang tengah tunggu keluaran siri iPhone terbaru kan? Apple pada tahun lalu telah melancarkan iPhone siri 12 pada bulan Oktober akibat pandemik yang melanda. Walaubagaimanapun, Apple dijangka akan lancarkan siri iPhone 13 pada bulan September sama seperti siri-siri yang sebelum ini.
Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan tarikh pelancaran bagi siri iPhone 13 ini berlangsung pada bulan September. Menurut laman web e-commerce iaitu China IT Home, pelancaran tersebut dijangka berlangsung pada minggu kedua bulan depan.
Dalam laporan FrontPageTech pula menunjukkan yang Apple akan menawarkan pra tempahan bermula 17 September ini dan hari jualan akan berlangsung pada 24 September nanti.
Dalam siri terbaru ini, Apple dikatakan akan hadir dengan 4 varian iaitu iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Menurut Fuzz.my, iPhone siri 13 mungkin hadir dengan paparan skrin 120Hz bersama sistem kamera yang lebih mantul.
Ada juga yang mengatakan bahawa siri iPhone 13 hadir dengan penawaran Touch ID pada skrin dan storage sebesar 1TB. Bukan tu jer, siap sokong ‘Always On Display’ yang akan memaparkan info ringkas seperti jam, notifikasi tanpa perlu membuka phone pun.
Itu semua hanyalah jangkaan semata. Apapun, sama-samalah kita tunggu sehingga Apple sendiri membuat pengumuman tentang hal ini.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara