Apple Mungkin Tawarkan Ciri AOD, Paparan Info Ringkas Walau Skrin ‘Off’ Pada iPhone 13

Trending

Apple Mungkin Tawarkan Ciri AOD, Paparan Info Ringkas Walau Skrin ‘Off’ Pada iPhone 13

Sepertimana yang kita tahu, Apple merupakan pengeluar telefon pintar kegilaan ramai yang dilengkapi dengan teknologi serba canggih. Belum habis kagum dengan kecanggihan yang ada pada iPhone 12 yang baru saja keluar tahun lepas, orang dah sibuk cakap pasal iPhone 13 yang akan datang tak lama lagi ni.

Kalau korang nak tahu, ada ura-ura mengatakan yang iPhone 13 berkemungkinan menyokong AOD (Always-On Display) yang merupakan ciri sama seperti Apple Watch Series 5 dan ke atas. Dengan ciri ini, iPhone 13 akan sentisa memaparkan beberapa info ringkas walaupun korang matikan skrin.

Advertisement

Ciri ini sangatlah berguna dan ramai yang sukakannya. Korang boleh tahu serba sedikit info seperti jam, notification dan sebagainya tanpa perlu membuka phone pun.

Apple akan mengeluarkan telefon pintar terbarunya itu pada suku keempat tahun ini. Apapun, kita tunggu sehingga ianya dilancarkan dan lihat sendiri secara rasmi apa yang bakal mereka tawarkan pada iPhone 13 nanti.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...