Apple Lancar Mac Studio Spesifikasi Paling Tinggi Dengan Harga RM60,924, Lengkap Cip M4 Max Dan M3 Ultra Dengan Storan 16TB SSD

Teknologi

Apple Lancar Mac Studio Spesifikasi Paling Tinggi Dengan Harga RM60,924, Lengkap Cip M4 Max Dan M3 Ultra Dengan Storan 16TB SSD

Apple baru-baru ini telah memperkenalkan Mac Studio dengan pilihan cip M4 Max dan M3 Ultra, direka khas untuk memenuhi keperluan pemprosesan berasaskan tugasan.

Peranti ini ditawarkan pada harga bermula RM8,999, dengan pilihan bagi pengguna untuk menaik taraf spesifikasi mengikut keperluan mereka.

Advertisement

mac studio RM60k

Di pasaran Malaysia, Mac Studio masih belum tersedia untuk pembelian, namun harga sudah boleh disemak melalui laman rasmi Apple.

Berdasarkan semakan,  model dengan spesifikasi tertinggi—yang dilengkapi memori sehingga 512GB RAM, storan 16TB SSD, serta cip M3 Ultra yang lebih berkuasa—disenaraikan pada harga RM60,924.

mac studio

Bagi model dengan cip M4 Max dan spesifikasi maksimum, termasuk 128GB RAM serta storan 8TB, ia ditawarkan pada harga RM25,574.

Setakat ini, Apple masih belum mengumumkan tarikh rasmi penawaran Mac Studio di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 days ago

Berwaspada Dengan Waktu Solat Tidak Tepat Dalam Carian Google, Anda Disaran Layari E-Solat JAKIM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Amanz

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...