Berwaspada Dengan Waktu Solat Tidak Tepat Dalam Carian Google, Anda Disaran Layari E-Solat JAKIM

Teknologi

Berwaspada Dengan Waktu Solat Tidak Tepat Dalam Carian Google, Anda Disaran Layari E-Solat JAKIM

Bulan Ramadan kembali lagi, dan pastinya ramai yang mencari maklumat mengenai waktu imsak dan berbuka, terutamanya melalui Google. Namun, perlu diingat bahawa terdapat beberapa ketidaktepatan dalam paparan waktu solat di carian Google.

Berdasarkan perbandingan dengan data rasmi JAKIM, waktu solat yang dipaparkan di Google kadangkala berbeza sekitar satu hingga dua minit berbanding waktu yang diterbitkan di laman E-Solat.

Advertisement

waktu solat e solat

Perbezaan ini boleh menyebabkan waktu solat di sesetengah kawasan dipaparkan lebih awal atau lebih lewat. Walaupun Google menyatakan sumbernya adalah daripada JAKIM, punca ketidaktepatan ini masih tidak diketahui.

Oleh itu, bagi anda yang ingin mendapatkan waktu solat yang tepat, disarankan untuk merujuk laman rasmi seperti E-Solat yang dikendalikan oleh JAKIM. Jika menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, pastikan untuk membuat semakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-02-26 10:28:37

Pengguna iPhone Kini Boleh Menggunakan Aplikasi Photoshop Di Telefon Pintar Mereka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Amanz