Semalam satu video memaparkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun bersama pelakon Datuk Rosyam Nor dilihat seperti merendahkan martabat kaum wanita ketika mengajak rakyat untuk hadir ke satu majlis menjadi tular di media sosial.
Video tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya menganggap ia keterlaluan dan tidak sopan.
Apa ni? ? pic.twitter.com/12Yu5OJSw4
— POLITICO ?? (@PoliticoMy) September 13, 2022
Tidak ketinggalan, personaliti media sosial King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail juga tampil mengkritik individu yang terlibat dalam video kempen berkenaan.
Ujarnya, terdapat unsur sexism dan tidak sepatutnya memberi pesanan yang menjatuhkan dan merendahkan orang lain.
Tambahnya lagi, tindakan itu hanyalah sekadar publisiti yang direka namun dia tetap tidak bersetuju dengan perbuatan terbabit yang seolah-olah menjatuhkan kaum hawa.
“Publisiti yang dibuat-buat” tulisnya di Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.