Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video yang memaparkan sebuah kawasan hampir musnah dijilat api yang semakin marak.
Menerusi video tersebut, sepasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dilihat tenang bermain telefon dan makan ketika api sedang marak sehingga memusnahkan sebahagian daripada bagunan tersebut.
Rata-rata netizen mula mempertikaikan tindakan anggota tersebut yang hanya membiarkan sahaja api yang makin marak itu.
Namun, segelintir netizen tampil memberi penjelasan bahawa mereka bertindak sedemikian kerana bangunan tersebut sudah tidak dapat diselamatkan.
“Ini lebih kepada tak bagi api merebak ni,” tulis seorang netizen.
“Ada api boleh lawan ada api tak boleh lawan, simple fact,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Tampil memberi penjelasan, pemilik video tersebut, Haiyze Haiqal berkata mereka hanya duduk berehat dan makan seketika untuk mengambil nafas. Ini kerana, boleh mendatangkan risiko jika mereka tidak mengambil masa untuk berehat, boleh menyebabkan pengsan dan sebagainya.
Malah, menurutnya api sebesar itu tidak boleh dipadamkan jadi mereka hanya menjaga kawasan sekeliling agar api tidak merebak dan api tersebut akan perlahan-lahan terpadam sendiri.