“Ingat Kami Kambing Ke?” – Pakcik Tahan Marah ‘Sound’ Petugas PPV Gara-Gara Biadap

Kehidupan

“Ingat Kami Kambing Ke?” – Pakcik Tahan Marah ‘Sound’ Petugas PPV Gara-Gara Biadap

Bergelar petugas barisan hadapan ataupun frontliners pastinya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana perlu mendepani pelbagai ragam umat manusia dari setiap lapisan umur.

Tular di media sosial apabila seorang lelaki bernama Din berkongsi rakaman video di aplikasi TikTok yang memaparkan gelagat dua orang petugas PPV yang ‘hilang arah’ apabila ditegur olehnya di hadapan orang ramai.

Advertisement

Lelaki itu dilihat menegur petugas berkenaan yang dilihat bersikap agak biadap ketika meminta penerima vaksin yang sedang menunggu giliran untuk duduk.

Mungkin kerana suara mereka yang kedengaran agak lantang dan nada yang tinggi, lelaki itu juga seperti menahan marah kerana dirasakan seperti sedang menggeletar ketika merakam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen tampil menyokong tindakan lelaki tersebut kerana mereka juga pernah mengalami situasi yang sama seperti itu sebelum ini.

Komen TikTokSumber : TikTok 

Kata sesetengah netizen, sebarang pekerjaan yang melibatkan interaksi dengan orang ramai perlulah dilakukan dengan budi bahasa yang tinggi kerana setiap tindakan diperhatikan umum, tambahan pula di zaman sedia ‘viral’ ini.

Kerja membabitkan orang awam kena jaga budi bahasa. Tahan sabar dengan karenah orang awam, letih-letih korang dapat gaji. Kami yang menunggu lama pun sabar je tunggu. – Netizen

Wanita kongsi pengalaman hotel
6 bulan lalu

Wanita Kongsi Deposit Hotel ‘Burn’ Sebab Titik Kecil Darah Di Cadar, Rupa-Rupanya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. anti melesies

    February 14, 2022 at 3:10 pm

    kalau melayu tlg la duduk.
    bodoh melayu tak faham bahasa.
    igt bangsa dia teragong nk dpt layanan sorg.

  2. Anonymous

    February 12, 2022 at 11:07 am

    Sy HO d hukm n sy faham perasaan org ramai. Jujur sy ckp ade ramai dr, nurse yg sngt2 biadap. Bkn shj kpd pesakit malah kami yg br HO ni pun dierang buat kami mcm binatang. Yg lebih teruk, dpn mate sy pembantu perubatan kurang ajar dgn pesakit. Kalau nitizen tegur ckp frontliner letih, hentikn buli terhadap petugas kesihatan dll. Tp sbnrnye kite semue same shj. Kalau nk cakap letih sy yg HO lg letih tp boleh je layan pesakit dengan beradab. Pesakit bkn nk suruh belai n bg lynn istimewa. Tidak. Cukup lah dengan beradab. Kalau nk kire letih, guru pun letih mengajar melayan karenah pelbagai jenis pelajar. Tu x kire lg kalau dpt pengetue jenis gilekn name, mmg die skn suruh guru buat macam2 untuk naikkn name die lg2 kalau suami die dato atau org besar. Tukang masak lg letih seharian memasak, lg2 kalau makcik yg jual nasi. Biasenye dielh yg masak, yg bungkus nasi, yg jg anak, tp boleh je layan customer dgn baik. So letih bukn alasan sbb semue org letih. Lg2 skrg pusat vaksin x ramai org pun, so x perlu la gn alasan frontliner letih, frontliner letih. Jd org lain x letih. Kite yg frontliner je letih.

  3. jangan biadap sangat

    February 12, 2022 at 11:00 am

    sesuai la kena tegur. bukan apa, makin teruk biadap dorang ni. bukan semua ye, tapi memang ramai dah buat benda sama. bertegas takpe, tu lain, cakap kuat panggil kuat tu pun takpe sebab dah ramai orang dan jauh, tapi biadap tu dah lain, serius sah jelas biadappp nyaaa. mak aih, lagi dengan orang2 tua dan dewasa situ, bukan apa cara dorang cakap tu macam la semua org dalam tu kambing dorang. ada tu pulak cakap dgn org macam la org dalam tu bodoh2, belum lagi yg jawab biadap2 tu. Apa msalah kejadah dorang tetiba je camtu. Ada plk tu pmpuan, menerangkan itu ini macam tengah marah banduan. Memang ada segelintir yg caranya mmg biadap.
    Antara tiga je, nak tunjuk best (puiii, apa ke hapak time tu je ke kau rasa kau bagus?), atau dia brcita2 jadi guru disiplin tp tak jadi, msalahnya dalam tu bukan budak2 kecik dan bukan jugak buat kesalahan, jauh sgt motif kau nak biadap2), atau mungkin dia dah penat atau bengang dgn org2 sbelumnya, (dah kau sndiri yg nak buat keja tu kau dah tau pun camne dah tu yg kau nak lepaskan kat org lain dah kenapa, kau tak suka ke tak tahan ke jangan buat, tak pasal2 org lain pulak nak hadap biadap kau tu).

  4. Anonymous

    February 12, 2022 at 8:48 am

    pdn muke korang biadap lg… korang petugas d byr..bkn free so buat kije mcm org d byr sikit. syabas buat pakcik ni. mmg ptt d viral kalu kes cmni. sengal tol.. suh org amek vaksin tp perangai petugas cm haprak.

  5. fgh

    February 11, 2022 at 5:46 pm

    MEMANG ADA SEGELINTIR YG BIADAB. IGT DIA PNYA STRESS PNT. KLU PNT TAK PYH LA JD PETUGAS PPV. AKU PNH ON THE PHONE SBB URGENT MASA TU. PASTU NTAH SIAPA PNYA TICKET PARKING JATUH TAK BHGN SEAT AKU. ADA SORG PPV NI, DIA SOUND TEPEK CKP “ASYIK SIBUK DGN TELEPFON, SMPI TICKET JATUH PN TAK SEDAR” PD HAL BKN TICKET AKU PUN

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...