“Apa Punya ‘Pekak’ Orang Malaysia, Kasut Tiruan Pun Nak Jadikan Isu” – Aqasha Tempelak Sikap Gemar Kecam Orang Lain Sesuka Hati

Hiburan

“Apa Punya ‘Pekak’ Orang Malaysia, Kasut Tiruan Pun Nak Jadikan Isu” – Aqasha Tempelak Sikap Gemar Kecam Orang Lain Sesuka Hati

Penyanyi dan pelakon, Aqasha meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir orang yang membuli seorang kanak-kanak hanya kerana disebabkan kasut tiruan.

Aqasha menerusi hantaran media sosial berkata, banyak lagi isu lain yang boleh diberikan tumpuan berbanding memalukan seorang anak kecil yang menghargai pemberian ibunya sendiri.

Advertisement

Apa punya pekak orang Malaysia, kasut tiruan pun nak dijadikan isu? Payudara tiruan, punggung, rahang tiruan, bibir, rambut, hidung, bulu mata, gigi, atas bawah berderet palsu.

Ada yang personaliti pun palsu dan tiruan, bersepah-sepah. Baik sahaja ramai yang sodok. Okay sahaja. Budak pakai kasut tiruan pula yang jadi bahan. Senteng betul.

Terdahulu, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Arman dibuli gara memakai kasut tiruan yang diberikan ibunya.

Kanak-kanak itu kemudian diejek namun netizen prihatin tampil mempertahankannya malahan dijemput ke konti stesen radio Era selain diberikan kejutan beberapa pasang kasut oleh DJ terlibat iaitu Nabil, Radin dan juga Azad Jasmin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Diana Danielle beri pesanan buat pasangan suami isteri nak cerai
2 months ago

"Perempuan Nak Tengok Usaha Dalam Perkahwinan, Bukan Ketika Sudah Berada Di Pintu Mahkamah" - Diana Danielle

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...