“Perempuan Nak Tengok Usaha Dalam Perkahwinan, Bukan Ketika Sudah Berada Di Pintu Mahkamah” – Diana Danielle

Hiburan

“Perempuan Nak Tengok Usaha Dalam Perkahwinan, Bukan Ketika Sudah Berada Di Pintu Mahkamah” – Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle tampil menyimpulkan satu pesanan berhemah buat pasangan suami isteri yang sedang dilanda masalah rumah tangga dan di ambang perceraian.

Ujar Diana, dia berharap agar golongan suami berjuang dalam menyelamatkan rumah tangga dan bukannya dilakukan ketika di pintu mahkamah.

Advertisement

Perempuan nak tengok usaha dalam perkahwinan, bukan ketika sudah berada di pintu mahkamah. Tolong jangan dijadikan kebiasaan, terhantuk baru nak usaha.

Tambahnya lagi, usaha tersebut haruslah dilakukan sejak awal ketika di ambang masalah dan tidak boleh dibiarkan melarat sehingga isteri tawar hati.

Kalau nak, peliharalah sejak awal, bukan bila sudah tak boleh diselamatkan. Selepas itu salahkan wanita yang sudah tak mampu memaafkan.

Dia dalam pada itu meminta orang ramai untuk tidak mengaitkan kisah perceraian orang lain dengan dirinya dan suami, pelakon Farid Kamil.

Diana Danielle beri pesanan buat pasangan suami isteri dilanda perceraian

Sekadar info, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos namun rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Perkahwinan pasangan itu dikurniakan dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Muhammad,11, dan Nur Aurora,9 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

farid kamil
4 weeks ago

"Dia Faham Emosi Isteri.." - Pernah Bercerai & Rujuk Semula, Netizen Minta Para Suami Contohi Usaha Farid Kamil

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...