“Apa Pun Terjadi Daddy Will Always Love You Two” – Foto Terakhir Fattah Bersama Fazura Dan Yamma Usik Sanubari Peminat

Hiburan

“Apa Pun Terjadi Daddy Will Always Love You Two” – Foto Terakhir Fattah Bersama Fazura Dan Yamma Usik Sanubari Peminat

Usai perbicaraan kes permohonan perceraian Nur Fazura terhadap Fattah Amin hari ini menyaksikan kedua-duanya masih bergelar suami isteri apabila aktor itu enggan melepaskan isterinya pada hari ini.

Terbaru, hantaran Instagram Fattah ternyata telah mengusik hati sanubari netizen terutamanya peminat yang mengikuti kisah pasangan itu.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Fattah memuat naik foto Fazura dan anaknya Fatima Aisya.

Tulis Fattah, foto tersebut adalah foto terakhir yang diambil bersama Fazura dan Fatima selain memohon doa yang baik dari peminat.

Doakan yang baik-baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two.

Terdahulu, Fattah yang ditemui di mahkamah mengatakan dia masih menyayangi Fazura dan anak mereka sekaligus mengambil keputusan enggan bercerai.

Mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazura respon perceraian
3 months ago

"Sebagai Isteri Dan Ibu, Saya Mahukan Yang Terbaik" - Nur Fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...