“Sebagai Isteri Dan Ibu, Saya Mahukan Yang Terbaik” – Nur Fazura

Hiburan

“Sebagai Isteri Dan Ibu, Saya Mahukan Yang Terbaik” – Nur Fazura

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura enggan memberikan sebarang komen penuh mengenai situasinya kini setelah ditemui usai sahaja sebutan kes perceraian yang diadakan pagi tadi.

Masih lagi bergelar isteri kepada Fattah Amin, Fazura yang berhadapan media di mahkamah dilihat kekal tenang setelah dia nekad memfailkan perceraian pada 13 September lalu.

Advertisement

Tiada apa-apa yang hendak saya komen hari ini. Sebagai isteri dan ibu saya hanya mahukan yang terbaik. Berdiam lebih baik. Keadaan saya tenang sahaja.

Difahamkan, sebutan kali kedua bakal diadakan pada 7 Oktober ini.

Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman memaklumkan pihaknya akan meneliti cadangan yang diberikan Fattah namun tidak dapat mendedahkan ia kepada umum.

Mereka juga akan berusaha untuk berbincang secara baik tanpa melibatkan JKP.

Sekadar info, Fatta dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup keduanya dikurniakan seorang cahaya mata, Fatima Aisya yang kini berusia 3 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fattah amin
2024-09-25 10:50:35

"Fikirkan Anak, Masih Sayangkan Keluarga" - Fattah Belum Sedia Lepaskan Fazura, Tarikh Semula Sebutan Kes Cerai Pada 7 Oktober

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam