Satu “pergaduhan” sedang berlaku di laman sosial Twitter antara pengarah terkenal, Ahmad Idham dan para pengikutnya. Ini semua gara-gara satu tweet dari Ahmad Idham yang menggelar para “haters”nya sebagai born loser. Untuk makluman, filem arahan terbaru Ahmad Idham iaitu Pencuri Hati Mr Cinderella baru-baru ini sekadar membuat kutipan kurang dari RM100,000.
Kemungkinan besar Ahmad Idham mengeluarkan kata-kata di atas selepas kebanyakan netizen mengutuk jumlah kutipan filemnya dan juga kualiti poster filem Pencuri Hati Mr Cinderella. Sebagai rujukan, ini adalah posternya:-
Susulan tweet di atas, Ahmad Idham turut menyambung lagi kata-katanya:-
Namun netizen di Twitter tidak berdiam diri sebaliknya memulangkan paku buah keras kepada Ahmad Idham. Pedih-pedih juga komentar yang dilemparkan. Diharapkan agar Ahmad Idham tidak koyak membaca komen-komen tersebut.
Apa pun, selaku pengarah, Ahmad Idham harus merenung dan muhasabah diri mengapa filemnya mencatat kutipan yang sangat teruk berbanding Abang Long Fadil 2 yang berjaya mengutip 13 juta dalam masa 13 hari. Memang ada sesuatu yang tak kena. Ahmad Idham perlu mencari sebab-sebabnya dan memastikan agar kesilapan sama tidak berulang untuk filem seterusnya. Apa kata anda?