September 5th, 2017

Agak menyedihkan mendengar perkhabaran tentang kutipan filem Pencuri Hati Mr Cinderella arahan Ahmad Idham. Filem yang dibintangi oleh Ahmad Idham, Atikah Suhaime, Datuk Eizlan Yusof, Cat Farish dan Hairul Azreen hanya mengutip kurang daripada RM100,000 selepas beberapa minggu ditayangkan di pawagam. Ia satu angka yang amat mengecewakan, lebih-lebih lagi selepas filem ini mendapat kritikan positif daripada media tempatan.

pencuri hati mr cinderella

Kata Ahmad Idham:-

Maklum balas yang saya terima mengatakan filem ini berjaya lari daripada kisah cinta klise sebelum ini. Bagaimanapun, sambutannya agak mengecewakan apabila hanya mencatat kutipan kurang RM100,000.

pencuri hati mr cinderella

Namun buat anda yang berminat ingin menonton filem ini, Pencuri Hati Mr Cinderella akan ditayangkan menerusi Astro First tidak lama lagi. Bolehlah menunjukkan sokongan anda dengan membeli dan menonton filem arahan Ahmad Idham ini menerusi saluran tersebut. Apa pun semoga Ahmad Idham tidak patah semangat untuk terus mengarah filem selepas ini. Mungkin perlu lebih banyak brainstorm dan idea baru mengikut citarasa penonton sekarang. Sumber Harian Metro.


Comments are closed.

Loading...