Baru-baru ini, pelawak Ali Puteh telah mendedahkan dirinya hadir ke rumah balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah bagi melangsaikan hutangnya sebanyak RM75K. Namun, difahamkan bayaran itu terbantut kerana Hidayah meminta agar Ali membayar menerusi peguam.
Tidak mahu terima wang
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Hidayah di akaun Instagram, pembayaran hutang Ali tidak berjaya diterima kerana pihaknya yang mahukan pelawak itu membayar hutang tersebut di hadapan peguam.
Mendengar hal itu, Ali pun menyatakan rasa kurang senang dengan tindakan bekas kakak iparnya itu.
Saya dah datang sini dengan cara baik kenapa perlu buat pembayaran melalui peguam?
Apa yang nak dipeguam-peguamkan? Kita kan berkeluarga.
View this post on Instagram
Ali hubungi peguam
Susulan itu, Ali pun menghubungi peguam yang mewakili Hidayah bagi membincangkan isu pembayaran hutang tersebut. Menurutnya, Ali meminta peguam mengatur tarikh untuk perjumpaan mereka secepat mungkin.
Encik Ali beritahu saja pada saya pukul berapa nak datang pejabat saya hari Rabu dan kita akan uruskan hal pembayaran tuntutan tersebut.
@melodiberapi #meloditv3 #noorhidayah #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral #fypシ゚viral🖤tiktok #panas #aliputeh #hidayah ♬ original sound – Melodi tv3
Sebelum ini, Ali telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya berjumpa dengan Hidayah di rumahnya bagi menyelesaikan isu hutang saman antara mereka berdua. Untuk info, Ali telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM75K dengan menjual harta peribadinya.