Baru-baru ini viral di media sosial Twitter, mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Sid Razali yang memaparkan tangkap layar hantaran seorang wanita di laman Facebook.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu meluahkan rasa kecewa apabila pemilik kereta bernombor plat BGW9869 yang meletakkan kereta di belakangnya terlalu rapat sehingga menyukarkan dia untuk meletakkan barang di dalam bonet.
Dalam pada itu, dia turut meminta pemilik kenderaan itu untuk memeriksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan tempat parkir kereta.
Saya bersendirian dengan 3 orang anak dengan baby serta troli yang penuh dengan barangan runcit. Tolong fikir tentang orang lain lah.. Haih.
Kesian owner BGW 9869 tak pasal kena viral. Padahal parking elok je haha pic.twitter.com/ApzLsh4iVr
— Sid Razali ???????? (@sidchan) August 2, 2022
Sususlan itu, dia turut cuba menularkan kesalahan yang dilakukan pemilik kenderaan tersebut namun sebaliknya menerima kecaman daripada orang ramai.
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen dilihat tidak bersetuju dengan wanita itu kerana perkara itu tidak sepatutnya ditularkan dan hanya boleh diselesaikan sendiri tanpa perlu membesar-besarkan isu itu.
Member elok masuk kotak betul. Apa masalah entah – netizen.
“You can go out a bit first also kan… why so fussy,” tulis seorang warganet.
“Simple things like this also kena viral nowadays, heihh,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.