“Tolong Jangan Percaya!” – Ibu Ainul Dedah ‘Scammer’ Ambil Kesempatan, Siap Buat Tabung Kilat

Kehidupan

“Tolong Jangan Percaya!” – Ibu Ainul Dedah ‘Scammer’ Ambil Kesempatan, Siap Buat Tabung Kilat

Sebelum ini, kisah penderitaan adik Ainul Mardhiah yang menghadapi kanser mulut sehingga perlu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram telah mendapat perhatian orang ramai.

Terkini, ibu kepada adik Ainul, Nurul Erwani Zaidi telah berkongsi perkembangan terbaharu kanak-kanak itu yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Advertisement

Susulan itu, muncul pula segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk mengambil kesempatan atas keprihatinan rakyat Malaysia dengan mengutup derma menggunakan nama adik Ainul.

Tolong jangan percaya! Tolong jangan percaya!

Menerusi hantaran di laman Instagram, ibu kepada Ainul meminta agar ‘scammer‘ tersebut tidak mengambil kesempatan ini untuk mengaut wang ringgit daripada orang ramai.

Jelasn Nurul, dia sebagai ibu kandung turut tidak pernah menulis hantaran di media sosial untuk minta sebarang sumbangan, sebaliknya hanya meminta doa orang ramai sahaja.

Kalau jumpa di mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul. Tolong jangan percaya ya semua!

Dalam pada itu, Nurul turut memberi amaran kepada orang ramai agar sentiasa ‘alert‘ dengan penipuan itu selain akan mengambil tindakan selanjutnya jika menjumpai sebarang hantaran darpada ‘scammer‘ tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Keep Fighting Sayang!" - Dr Amalina Titip Doa Buat Ainul Mardhiah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...