Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer meminta agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengubah tumpuan mereka dalam mencari individu yang betul-betul dikehendaki.
Menurutnya, pencarian seharusnya perlu lebih fokus kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho serta Jho Low dan bukannya mencari Clare Rewcastle Brown serta Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.
Apa kesalahan Nur Sajat? Apa kesalahan Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low, cari dia sampai lubang cacing, bawa dia balik ke negara kita.
“Saya ingin tanya, apakah kesalahan Nur Sajat? Apa kesalahan Rewcastle Brown?… Tolonglah cari Jho Low. Tolonglah cari Jho Low. Tumpukan perhatian kepada Jho Low.” – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/LvH7EQWZlq
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) November 9, 2021
Tambahnya lagi, beliau meminta agar PDRM untuk tidak membazirkan masa serta tenaga mereka dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat seperti mencari Sajat.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan di peringkat dasar Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 (Bajet 2022) semalam.
Sekadar info, PDRM sekarang ini sedang menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa negara Thailand dan Australia berhubung keberadaan sebenar usahawan sensasi, Nur Sajat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.