Sedia maklum, beberapa minggu lalu, kedai serbaneka jenama KK Mart teruk dikecam netizen susulan menjual stoking yang logonya tertulis ayat ‘Allah’.
Dibaling bom petrol
Difahamkan, KK Mart yang terletak di Jalan Bruseh, Bidor dilaporkan telah dibaling bom petrol pada awal pagi, semalam.
Biarpun membuat silap dengan bersikap tidak sensitif mengenai agama Islam, tetapi tindakan membaling bom petrol itu boleh membahayakan ramai pihak.
Lebih separuh netizen suka dgn kejadian baling bom.
Dan tgk komen.
Boleh komen terbaik sebab KK Mart di bom?
Apa jadi dgn rakyat msia? Makin gila gamaknya.
Seronok nak huru hara? pic.twitter.com/Jjd7iudE03
— La Far East (@La_FarEast) March 26, 2024
Ramai pula bersorak KK Mart dibom
Walau bagaimanapun, seorang individu di platform X meluahkan rasa kesal selepas beberapa netizen ‘bersorak’ selepas mengetahui tentang berita tersebut.
Kata netizen yang bersorak itu, tindakan tersebut sememangnya patut dibuat, memandangkan pihak atasan enggan mengambil tindakan tegas terhadap KK Mart.
‘Apa jadi dengan rakyat Malaysia?’
Susulan itu, individu di platform X berasa kesal dan terkejut apabila ada rakyat Malaysia yang bersikap sedemikian.
Bahkan dia persoalkan jika mereka mahu negara Malaysia menjadi huru-hara seperti negara luar, dimana keganasan dilakukan hampir setiap hari.
Kebanyakan netizen yang meninggalkan komen di hantaran individu itu bersetuju dengannya dan berharap hal seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.