“Apa Bendalah Pakai Baju Macam Kartun” – ‘Upload’ Video Lawatan Ke Turki, Netizen ‘Tak Boleh Blah’ Dengan Baju PM

Trending

“Apa Bendalah Pakai Baju Macam Kartun” – ‘Upload’ Video Lawatan Ke Turki, Netizen ‘Tak Boleh Blah’ Dengan Baju PM

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ada memuat naik video lawatan rasminya ke Turki menerusi akaun Twitter.

Selalunya pakaian yang digayakan oleh beliau memang akan dapat perhatian kerana kebiasaannya adalah baju berjenama mencecah harga ribuan ringgit.

Advertisement

Namun kali ini, ia mendapat perhatian dan kritikan pengguna media sosial kerana dikatakan tidak sesuai dipakai ketika lawatan rasmi sebegitu.

Menjengah ruangan komen, ramai mengkritik dan tak percaya beliau memakai kemeja bercorak seperti itu untuk perbincangan dan pertemuan dua negara.

Malah ada yang berkata bahawa kemeja berwarna ungu itu seperti ‘kartun’ selain ada yang mencadangkan agar beliau mengambil tahu tentang protokol dalam berpakaian.

Terdahulu, Ismail pernah mendapat perhatian beberapa kali disebabkan baju dipakai olehnya ketika melakukan lawatan rasmi.

Netizen melakukan pencarian di internet dan mendapati kebanyakan baju dipakai beliau berjenama mewah dan berharga ribuan ringgit.

Disebabkan itu, dia sering dikritik kerana memakai baju mahal tetapi rakyat merana dengan kenaikan harga barang dan isu-isu lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ismail sabri burberry
2 years ago

"3 Bulan Gaji!"- PM Ismail Sabri Pakai Baju Burberry Bernilai RM6.9k Undang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...