Sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa dia telah menyerahkan warkah jawatan sebagai perdana Menteri dan Seluruh Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Berhubung itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi kata-kata berhubung hal ini.
Anwar Ibrahim berharap semua pihak tenang
Menurutnya juga, pihaknya telah menyambut baik tindakan yang telah dibuat dan berharap agar semua pihak supaya bertenang dan berdoa supaya kita semua mampu menghadapi segala tentangan berkaitan kesihatan dan juga ekonomi yang melanda.
“Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara,” katanya di Facebook
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara