Muhyiddin Yassin Dijangka Akan Buat Pengumuman Penting Esok?

Trending

Muhyiddin Yassin Dijangka Akan Buat Pengumuman Penting Esok?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat satu pengumuman penting pada esok bersamaan 16 Ogos 2021.

3 years ago

COVID19: "Berkemungkinan Tiada Lagi PKP Secara Menyeluruh.." - Muhyiddin

Menurut laporan Berita Harian, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Datuk Seri Redzuan Yusof memaklumkan sendiri hal ini selepas mesyuarat MPT di Publika hari ini.

Advertisement

Sebentar tadi, Mesyuarat MPT berlangsung selama dua jam dan dipengerusikan oleh Muhyiddin sendiri yang dikatakan membincangkan apa yang akan terjadi kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

“Insya Allah ada pengumuman esok, apa pun kita tunggu lah” – katanya ketika ditemui media

Turut dihadiri Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli MPT, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Kamarudin Jaafar, Datuk Mansor Othman, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Perdana Menteri telah meneliti beberapa pilihan…dan langkah yang diambil semuanya semata-mata untuk kepentingan rakyat terhadap krisis hari ini.”

“Ini bila kita nampak ada segolongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan nasib rakyat digadaikan.”

Apapun, kita tunggu sehingga pengumuman yang dijangka berlangsung pada esok oleh Perdana Menteri sendiri ya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...