December 6th, 2011

Anugerah Bintang BeautifulNara  2011 (ABBN2011) diwujudkan untuk memberi pengiktirafan kepada artis-artis tanah air yang ada mengikut suka hati Abang Nara. Ini adalah anugerah ciptaan sendiri sekadar suka-suka sebagai penutup tahun 2011.Kalau anda tak suka, anda boleh nominasikan artis-artis yang anda rasa layak di ruangan komen. Untuk hari ini, kategorinya ialah Artis Wanita Baru Paling Glamour .

abbn2011

Calon-calon Top 5 untuk kategori ini ialah:-

1. Neelofa

neelofa

Siapa sini tak kenal Neelofa? Sila bangun dari kerusi anda buat ketuk ketampi sebanyak 10 kali sebagai tanda malu yang amat. Sejujurnya Abang Nara memang nak umumkan terus kemenangan Neelofa untuk Anugerah ABBN 2011 bagi kategori ini, tapi nanti korang cakap Abang Nara berat sebelah. Almaklumlah Neelofa kan sekampung dengan Abang Nara. Mula popular selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja, nama Neelofa kini popular bukan sahaja kerana kontroversi (sila search “Neelofa” di kotak di atas) tetapi kerana mutu lakonannya yang semakin meningkat setiap masa.


2. Miera Liyana

miera liyana

Artis wanita baru yang paling daring bagi Abang Nara. Daripada tak dikenali langsung, hanya dengan memakai baju yang hampir menampakkan “tut”nya, nama Miera Liyana meletup macam bom atom melanda Hiroshima. Cara yang sangat mudah dan tak banyak mengeluarkan duit untuk popular dan glamour. Teguk sahajalah air liur anda sekiranya anda bercita-cita untuk mengorat Miera kerana dia kini sedang bercinta dengan Shah Jaszle.


3. Najwa Latiff

najwa latiff

Secara jujur, apabila pertama kali mendengar lagu Cinta Muka Buku, Abang Nara terasa ingin mencari penyanyi lagu ini dan menampar manja akan dirinya. Bukan apa, Abang Nara akan rasa something strange somewhere apabila mendengar lagu ini. Namun tak boleh dinafikan lagi populariti yang kini dikecapi oleh Najwa Latiff yang satu ketika dulu bermula dengan video nyanyian di dalam kereta menerusi YouTube.

4. Nur Fathia
fathia

Ini adalah satu pemilihan yang berdasarkan rupa semata-mata. Sebenarnya Abang Nara dah tak tahu nak pilih siapa lagi. Abang Nara main sebat jerlah Nur Fathia nie. Nampak macam comel je. Fathia sebenarnya masih seorang student Uitm dan pernah kecoh sebentar dengan kontroversi membaling handphone ke muka seorang pengarah. Dan baru-baru ini kedengaran desas-desus yang Fathia sudah mempunyai kekasih hati yang memandu Lamborghini. Jadi jika anda tiada kereta Bentley janganlah bermimpi nak mengorat Fathia.

5. Siti Saleha

nora elena siti saleha

Hanya menerusi drama Nora Elena barulah nama Siti Saleha benar-benar diketahui ramai. Sedangkan sebelum ini banyaklah jugak iklan-iklan dan drama-drama yang menampilkan Siti Saleha. Khabarnya penangan Nora Elena begitu hebat sekali sehinggakan Siti Saleha ingin menukar nama kad pengenalannya kepada Nora Elena terus (ok ini adalah lawak hambar). Khabar baik kepada jejaka di luar sana, Siti Saleha masih single mingle selepas clash dengan Abang Nara suatu ketika dahulu.

So macam mana dengan Top 5 Abang Nara untuk Anugerah Bintang BeautifulNara 2011 Kategori Artis Wanita Baru Paling Glamour? Mantap kan? Mana satu pilihan anda? Sila mengundi di bawah ini. Untuk makluman, Abang Nara akan cuba bawakkan satu kategori setiap hari untuk ABBN2011 ini supaya anda boleh mengundi dengan jayanya.

P.S: Wife Abang Nara suruh anda undi Neelofa. Dia suka sangat kat Neelofa.


Comments are closed.

Loading...