September 19th, 2011

Shah Jaszle yang selama ini digosipkan bercinta dengan Neelofa tup-tup baru-baru ini mengakui sedang bercinta dengan pelakon sensasi Miera Liyana. Akhirnya Neelofa boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi dicop punca perpisahan dalam hubungan Shah Jaszle dan Maria Farida sebelum ini. Namun persoalannya, adakah benar-benar Shah Jaszle dan Miera Liyana bercinta atau ini sekadar gimik filem terbaru lakonan bersama mereka, Rentaz?

shah jaszle miera liyana bercinta

Untuk pengetahuan anda, Miera Liyana dan Shah Jaszle pernah satu sekolah time belajar dulu. Masa tue pun Shah Jaszle ada menaruh hati kat Miera tetapi disebabkan kawan baiknya minat kat Miera, maka dipendamkanlah saja niatnya itu. Namun selepas bertemu kembali di dalam dunia lakonan, nampaknya kedua-dua manusia ini jatuh cinta jua akhirnya.

shah jaszle miera liyana bercinta

Kata Miera:-

Saya takut sebenarnya, selepas putus cinta dengan bekas kekasih dulu, saya tidak bercadang untuk bercinta dengan sesiapa buat sementara waktu. Namun takdir tiada siapa yang tahu. Saya bagaimanapun cuba menerima hubungan ini secara berpada-pada, maksudnya tidak mahu terlalu taksub. Saya tidak mahu timbul sebarang salah faham. Saya senang dengan Shah kerana dia seorang lelaki matang, berdikari dan rajin. Lagipun dia juga banyak mengajar dan membimbing saya dalam dunia lakonan.

shah jaszle miera liyana bercinta
Ini pula kata-kata daripada Shah Jaszle yang matang, berdikari dan rajin:-

Kisahnya saya dan kawan baik saya itu bercadang keluar sama. Kawan saya cakap dia mahu membawa teman rapatnya sekali. Saya sendiri tidak tahu siapa/ Apabila dia muncul bersama Miera, saya diam saja. unia ini kecil. Pusing-pusing akhirnya bertemu semula. Bagaimanapun, waktu itu kami ibarat bertemu rakan lama. Lalu peluang itu saya gunakan untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita apa yang berlaku selepas saya meninggalkan zaman persekolahan. Waktu itu Miera bagaimanapun berkata, dia sedang berkawan dengan seorang lelaki. Jadi kami terus berkawan lagi. She’s nice. Tak plastik. Saya tak kisah jika orang tak suka dia. Saya juga tak kisah apa orang nak cakap tentang dirinya atau kontroversinya. Karektor dia juga memikat saya. Dia seorang yang sempoi dan mudah untuk ‘communicate’ dengannya. Jangan lihat usianya yang muda. Bila topik yang dibualkan sesuatu yang serius, dia boleh serius.

Namun ada satu ayat pedas daripada Shah Jaszle yang terngiang-ngiang di telinga Abang Nara:-

Sekarang susah nak cari perempuan yang baik. Di dalam industri ini, saya dikelilingi perempuan cantik tetapi kecantikkan tidak menjaga kita.

Semoga percintaan antara Shah Jaszle dan Miera Liyana ini bukan sekadar bertujuan untuk melariskan filem lakonan mereka berdua. Biarlah cinta ini hadir daripada hati yang tulus lagi suci. Kalau betul-betul bercinta, Abang Nara doakan agar korang berdua bahagia sehingga ke jinjang pelamin.


Comments are closed.

Loading...