Susulan daripada berita gembira yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengenai kebenaran rentas negeri kepada rakyat Malaysia khas buat mereka yang telah lengkap dua dos vaksin.
Maklum Ismail, kelonggaran tersebut telah dipersetujui kerajaan memandangkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah pun mencapai 90 peratus.
Sehubungan itu, ramai rakyat bahkan golongan selebriti meluahkan rasa keterujaan setelah hampir 2 tahun tidak dibenarkan merentas negeri berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Meskipun begitu, nama pelakon Rita Rudaini dan Zul Yahya tetap menjadi ‘bualan manja’ netizen terutamanya di laman media sosial Twitter.
Ada yang berseloroh meminta golongan anti-vaksin yang dilarang merentas negeri untuk melepak di rumah Rita Rudaini
tidak pun Zul Yahya memandangkan mereka berdua enggan menerima vaksin.
Dalam pada itu, ada juga yang memberi cadangan agar laporan polis dibuat jika ada yang melihat Rita atau Suhaimi Saad merentas negeri.
Terdahulu, antara nama artis yang disebut-sebut netizen gara-gara tidak mahu menerima vaksin adalah seperti Rita Rudaini, Suhaimi Saad, Zul Yahya dan juga Ellie Suriati.
Mereka juga sering menulis mengenai kelantangan mereka untuk tidak menerima vaksin di media sosial sebelum ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.