Nampaknya kemelut antara Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dengan golongan anti-vaksin nampaknya masih berterusan sehingga ke hari ini.
Khairy atau lebih mesra disapa sebagai KJ sebelum ini ada membuat kenyataan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang menolak vaksin sehingga pihak di sebelah sana menimbulkan satu tohmahan terhadap KJ.
Ini berikutan KJ ada memuat naik satu hantaran di Instagram Storynya di mana ada individu mendakwa dia menggunakan tangkal serta jin untuk perlindungan diri.
KJ ada guna tangkal dekat tangan kiri. Ada empat jenis jin setan yang dia guna untuk lindungi diri dia.
Dakwaan itu difahamkan telah ditulis oleh individu tersebut di aplikasi Telegram yang mengumpulkan anti-vaksin secara kolektif.
Enggan berdiam diri, KJ kemudian membalas dakwaan tidak berasas tersebut di dalam hantaran yang sama.
Salah, saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino.
Terdahulu, KJ ada membuat kenyataan media bahawa kerajaan kini tidak lagi memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.
Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin. Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerimanya kerana faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.