Pelakon, Anna Jobling tidak menolak peluang sekiranya dia dipilih untuk menyertai pertandingan ratu cantik, Miss Malaysia dan mewakili negara ke peringkat Miss Universe.
Bukan itu sahaja, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman juga pernah dihubungi oleh pihak pengurusan Miss Universe Malaysia pada tahun 2021.
Namun, hasrat pelakon berusi 23 tahun itu terpaksa dilupakan disebabkan undang-undang yang tidak membenarkan wanita Muslim untuk bertanding.
Saya memang takkan pakai apa-apa yang ‘panas’. Kalau baju selesa dan sesuai untuk saya, mungkin saya akan sertai.
Bagaimanapun, Anna berkata dia mahu memberi keutamaan kepada bidang lakonan buat masa sekarang.
Tengoklah nanti, kalau dipilih dan orang setuju, why not.
Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berharap rakan selebriti, Amelia Henderson dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.
Dia memang layak untuk menang.
Meninjau di ruangan komen sebuah portal hiburan, ada segelintir peminat yang memberi galakan kepada Anna untuk menyertai Miss Universe.
Namun, ada juga netizen yang mengatakan kecantikan pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu masih belum sampai ke tahap pertandingan antarabangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.