“Jangan Perasan, Islam Kan?” – Kongsi Hasrat Nak Sertai Miss Universe, Netizen Nasihat Amelia Henderson Ingat Dosa

Hiburan

“Jangan Perasan, Islam Kan?” – Kongsi Hasrat Nak Sertai Miss Universe, Netizen Nasihat Amelia Henderson Ingat Dosa

Baru-baru ini, selebriti jelita Amelia Henderson ada berkongsikan hasratnya untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe pada tahun ini.

Difahamkan, idea untuk menyertai pertandingan tersebut adalah spontan tetapi ia merupakan impian sejak kecil untuk cuba sertainya.

Advertisement

tweet emelia henderson

Ciapan tersebut telah meraih pelbagai reaksi daripada peminat, di mana ada yang menyokong selebriti tersebut untuk sertai pertandingan dan mengharumkan nama negara.

Tetapi dalam pada masa yang sama, ramai juga yang persoalkan impiannya itu dan menganggap ia hanya akan ‘merosakkan’ lagi Amelia jika sertai pertandingan seperti itu.

komen netizen

Malah, ada yang pertikaikan ia hanya akan mencemarkan imej sebagai umat Islam, memandangkan dirinya telah memasuki Islam kerana menikahi kerabat diraja Kedah sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Sekadar info, Amelia Henderson pernah menikahi dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Anuar pada 14 Ogos 2015 tetapi bercerai beberapa tahun selepas itu.

Amelia Henderson seksi
1 year ago

"Jauh Tersasar Dia Ni.." - Hanya Pakai Bra, Ramai Pertikai Amelia Henderson Mualaf Atau Tak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...